Ahad, 14 Mei 2017

APSS 2017 ( PENILAIAN )

 PENGELIBATAN TERBESAR PUSAT SUMBER SMK BELURAN II SEPANJANG BEBERAPA TAHUN SEKOLAH INI DITUBUHKAN.

Alhamdulillah, 
Puji Syukur, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun masih terlalu banyak kekurangan, lompang dan ruang untuk ditambahbaik, namun usaha yang telah diberikan oleh warga sekolah seluruhnya, Pengetua ( Pn. Siti Norita ) PK 1 ( Pn. Maslindah ), PK HEM ( Robert Unsik ), PK KOKUM ( Pn. Noorfadzillah ) serta para pengawas Pusat sumber serta Pelajar-pelajar sangat mengagumkan. kerja keras tidak mengenal masa, tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan oleh semua menjadikan kenangan menyertai APSS kali pertama ini sebagai kenangan terindah sepanjang bergelar GPM. 

Walaupun pencalonan daripada pihak PKG ini menggusarkan hati saya pada awalnya, namun saya menyahut cabaran ini dan berusaha beberapa bulan yang ada untuk bersiapsiaga menghadapi penilaian. Menang atau tidak, bagi saya usaha yang telah diberikan inilah bukti kemenangan kami Warga SMK BELURAN II. 

" CEKAL & CEMERLANG " 

 

CATATAN OLEH :
ADRIYANI BINTI YAMIN

GPM SMK BELURAN II


 

SELAMAT HARI IBU

SALAM SEJAHTERA,
ASSALAMUALAIKUM,

Warga pusat sumber SMK Beluran II mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari Ibu buat semua insan bergelar ibu, ummi, mama, emak..
Kalian insan paling mulia yang dicipta mencanai kehidupan menjadikan dunia ini berwarna warni.
Jasa dan pengorbanan kalian tak terbalas walau selautan air dijadikan tinta mengucapkan sayang...

Dalam hati Ibu penuh kasih,
Kasih hangat selalu,
Untuk Ibu kuucapkan terimakasih,
Dan selamat Hari Ibu...



Khamis, 23 Jun 2016

SALAM RAMADHAN 1437 H ( 2016)

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA






PSS SMK BELURAN II MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM. SEMOGA RAMADHAN KALI INI MEMBACA SERIBU PINTU KEBAIKAN KEPADA KITA. MEMBAWA SERIBU PINTU KEAMPUNAN, MENGEJAR PAHALA-PAHALA YANG TERSEDIA. DAN SEMOGA RAMADHAN KALI INI, RAMADHAN TERBAIK YANG PERNAH KITA JALANI... 

WASSALAM...

KEM MEMBACA 1MALAYSIA SMK BELURAN II ( 2016 )

 MAJLIS PELANCARAN KM1M


KUIZ TERBUKA
REGU PERIBAHASA 
 

BOOK WORM 


JEJAK MAKLUMAT




SYAIR & SAJAK

Khamis, 7 April 2016

ACTIVATE

Assalamualaikum salan Salam Sehati Sejiwa...


telah lama laman ini kosong dan sepi. kekangan waktu sedikit menganggu sebarang update di ruang ini.... semoga Selepas ini, pihak admin akan sentiasa mengemaskini ruangan ini dan memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber SMKBII di post ke laman ini....









Wassalam....

Isnin, 26 Mei 2014

“PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT “

Lets read together for 10 minutes

SEMPENA HARI BUKU SEDUNIA

SMK BELURAN II
22 APRIL 2014 ( SELASA )

10.00 AM -10.10 AM
TEMPAT : DATARAN TERBUKA SMK BELURAN II
JUMLAH PENYERTAAN :
24 ORANG ( GURU)
       405 ORANG ( PELAJAR ) 





















Khamis, 7 November 2013

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM

ASSALAMUALAIKUM WTB DAN SALAM SEJAHTERA.

selamat menempuh peperiksaan SPM untuk semua pelajar SMK BELURAN II, semoga dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Semoga dapat menyiapkan fizikal dan mental dengan baik dalam mengharungi hari-hari peperiksaan ini. Di bawah dikongsikan panduan-panduan berguna sesuai untuk diamalkan sepanjang musim peperiksaan ini.



PERSEDIAAN FIZIKAL
 
KESIHATAN

Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan.  Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu  ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

  • Tidur yang cukup.  Tidur yang cukup ialah diantara 6 - 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang. 
  • Jaga pemakanan.  Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
  • Riadah.  Jangan beriadah sehingga meletihkan badan.  Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti. 
    Pelbagai Gambaran Negatif. Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran.  Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
  • Menyerah kalah sebelum berjuang.  Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan.  Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca tetapi dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
  • Merasa belum bersedia.  Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia?  Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
  • Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.  Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak.  Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.
Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragui kebolehan diri anda.  
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada
pencapaian langsung".

"Something is better than nothing"



Selamat berjuang,
daripada warga Pusat Sumber SMK Beluran II