SEJARAH SEKOLAH

Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II

1. Pemilik Tanah
       Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II merupakan sebuah sekolah yang dibina di atas sebidang tanah  milik penduduk tempatan. Pemilik asal tanah ini ialah En. Abdul Sam Saping. Beliau telah menjualkan  tanah  ini kepada  Kementerian Pelajaran Malaysia. Keluasan tanah ini adalah lebih kurang 25 ekar.


2. Pembinaan
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II bermula  pada tahun 2002  dan  siap dibina pada tahun 2004 dengan jayanya  walaupun mengambil masa yang agak lama. Pembinaan ini dijalankan  oleh kontraktor  Kadazan Dusun Chamber Of Commers And Industry. Bangunan ini dibina pertama kalinya runtuh ekoran struktur asalnya yang tidak kukuh. Sejurus daripada  kejadian  ini ramai pekerja  daripada syarikat-syarikat lain di syorkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk bersama-sama membina  SMK Beluran II. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang lagi.


3. Lokasi
SMK Beluran II terletak di antara Kampung Kolapis dan Kampung Sungai Nafas. Majoriti pelajar-pelajar yang bersekolah di sini adalah terdiri daripada anak-anak  penduduk Kampung Kolapis, Kampung Sungai Nafas, Kampung Iran dan Kampung Sungai-sungai. Selain itu, pelajar-pelajar daripada Ladang Sabah, Kampung Cahaya Baru dan Kampung Muanad 3 juga turut bersekolah di sekolah ini. SMK Beluran II terletak kira-kira 4 kilometer daripada  Kampung  Kolapis dan kedudukannya juga terletak agak srategik kerana ianya terletak tidak jauh daripada pekan Beluran iaitu kira-kira 7 kilometer.


4. Pembukaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran II diwujudkan dan mula beroperasi pada 3 Januari 2005. Pada awal pembukaan sekolah, Pengetua yang mula-mula melaporkan diri iaitu  Encik Ng. Kim Choy dan diikuti oleh guru-guru lain  seramai 8 orang yang ditukarkan dari sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar daerah Beluran dan juga guru yang baru menamatkan pengajian. Pada awal sesi pembelajaran dan pengajaran, sekolah ini hanya mempunyai pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 seramai 156 orang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan